Monday, January 29, 2018

TIPS MEMILIH PENGASUH YANG BAIK DAN SERASI UNTUK ANAK



Moga Allah jaga Umar Al Faruq
  
1) Ummi akan pilih pengasuh yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul.


Sebagai seorang Muslim, tentu kita mahu didikan Islam itu diterap juga pada anak. Penampilan, perwatakan dan tingkah laku pengasuh sedikit banyak akan memberi contoh kepada anak. Macam kita juga sebagai ibubapa menjadi contoh pada anak-anak. Pengasuh ibarat ibu kedua buat anak-anak. Elakkan daripada pengasuh yang kuat mencarut dan memaki. Anak akan terikut-ikut dengan tingkah laku seperti itu. 


 2) Tiada yang merokok di rumah pengasuh.



Elakkan daripada mengambil pengasuh yang ada perokok di dalam rumahnya. Ini akan menganggu kesihatan anak-anak terutama yang masih bayi kerana istem pernafasan dan sistem imuniti mereka belum matang sepenuhnya. Ini syarat yang sangat ummi dan abi tekankan.


 3) Pengasuh yang ada ilmu menguruskan stok EBM.



Sekiranya anak anda menyusu badan, perlu cari pengasuh yang tahu handle stock EBM atau pengasuh yang bersedia untuk belajar. Menguruskan stock EBM tidak sama seperti bancuh susu formula. Ibu-ibu pasti nak khasiat dalam susu ibu tidak hilang dengan kesilapan menguruskan stok EBM. Ummi memang sediakan warmer tinggalkan dirumah pengasuh. Suhu 40'C adalah suhu yang paling sesuai untuk memanaskan EBM. Dengan suhu 40'C, sebahagian besar nutrien susu dapat dikekalkan. Sekiranya kita memanaskan EBM pada suhu lebih dari 40'C, semakin banyak nutrien akan hilang. manakala pada 100'C, maka semua nutrien dalam susu ibu akan hilang.


 4) Pengasuh gembira apabila melihat anak. 


Sebagai seorang yang memiliki naluri keibuan sudah pasti kita dapat melihat jika pengasuh benar-benar gembira menjaga dan mengasuh dan anak kita turut dapat merasakannya. Kasih sayang dan kemesraan akan nampak bila mereka bersama. 

 5) Pengasuh pembersih. Kebersihan petanda kepada pengasuh yang baik.



Ummi akan pilih pengasuh yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul. Setiap pagi memang Umar akan dimandikan dahulu sebelum di hantar ke rumah ibu asuhannya. Niat ummi nak memudahkan kerja pengasuh dan kekalkan bonding antara anak dan ibubapa. (Sekiranya ibubapa keluar lebih awal, sekurang-kurang tukar pampers anak dahulu). Sebagaimana ummi meninggalkan anak dalam keadaan yang bersih, begitu juga ummi mengharapkan pengasuh akan menyerahkan kembali Umar dalam keadaan yang bersih dan kemas. Alhamdulillah pengasuh Umar pembersih orangnya. 


 6) Kemalangan jarang berlaku. 



Tipulah kalau kemalangan kecil tak pernah berlaku. Tercalar muka kena toys contohnya. Tidak mengapa. Yang penting pengasuh yang baik akan memastikan keselamatan anak kita adalah keutamaannya. Pengasuh akan sentiasa mengawasi anak ketika bermain dan memastikan pagar sentiasa ditutup dan berkunci. Bukan yang tiba-tiba kita datang, anak-anak kita ditinggalkan dalam rumah tanpa pengawasan orang dewasa! 


Bila sudah dapat pengasuh yang baik jangan pula ibubapa berkira. Nak ambil cuti pun berkira. Pengasuh pun manusia juga ada urusan yang tidak dijangka. Pergi ke mana-mana, bolehlah hulur buah tangan kepada pengasuh. Hidup inikan pada memberi. 


 Ummu Umar.

 Ibu bekerjaya .

Sunday, January 28, 2018

Kenapa pilih coretan ummu Umar?





Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir 5 tahun blog ummi ini berhabuk dan penuh dengan sarang.

Dengan nafas baru, ummi rebranding semula blog ummi dengan nama yang baru.

Kenapa ummi memilih Coretan Ummu Umar?

Kerana di saat ini, fasa kehidupan ummi sudah berubah dan jauh berbeza dengan yang dahulu.

Sekarang dah bertambah amanah dari Allah.

Bertambah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu.

Maka dengan fasa kehidupan baru sebagai seorang ibu kepada anak sulung Umar Al Faruq (insyaAllah semoga ada rezeki untuk anak seterusnya), maka ummi memilih nama baru iaitu

CORETAN UMMU UMAR


Semoga penulisan di sini menjadi kenangan di hari tua dan inventasi ummi di akhirat kelak.

Allahuma Aameen.


“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian.”